Tuesday, 3 December 2013

VIDEO KUMPULAN KURSUS TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN: NILAI-NILAI MURNI


10 GAMBAR BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) BUKAN ELEKTRONIK

Ini adalah gambar model saya, iaitu topeng muka berhantu.

Barang-barang yang diperlukan ialah:
1. Penyangkut baju
2. Getah 
3. Card board
4. Surat khabar lama
5. Tisu
6. Gam (cecair)
7. Water Colour
8. Kertas
9. Tali rafia













Takut tak? Takut kan. Saya pun takut jugak tengok muka si orang asli ni haaaa. 
:)

MASALAH SIBER DI MALAYSIA


 Jenayah siber adalah penyumbang tertinggi dalam kes-kes jenayah di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan Korea. Walau bagaimanapun, jenayah ini dilihat semakin menular ke negara-negara membangun termasuklah di Malaysia. Di Malaysia, jenayah siber mula menjenguh sekitar tahun 1991 apabila kerajaan sedang memberikan perhatian kepada perancangan Koridor Raya Multimedia (MSC). Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah antara akta yang terawal dalam menangani masalah jenayah siber. Namun, statistik kadar jenayah siber pada era ini amat membimbangkan malah seolah-olah memberi ancaman baru kepada masyarakat dan negara. Justeru, pihak kerajaan hendaklah mengetatkan lagi undang-undang dan akta yang sedia ada bagi memastikan jenayah siber ini tidak berleluasa di samping mengambil tindakan yang tegas serta setimpal dengan jenayah yang dilakukan supaya memberi pengajaran kepada masyarakat yang lain agar tidak mengulangi kesalahan yang sama.

        Jenayah siber boleh didefinisikan sebagai suatu perbuatan kriminal yang dilakukan melalui komputer dalam internet untuk mendapat keuntungan dengan menderitakan serta merugikan mangsa yang terperangkap. “Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana,” kata Micheal A. Vatis dari FBI. Selain itu, jenayah siber merujuk kepada satu ancaman atau jenayah yang mana kesan sebenar banyak bergantung pada nilai maklumat atau prasarana maklumat yang dijadikan sasaran dan memberi kesan kepada mereka yang terlibat. Tidak dinafikan dalam dunia tanpa sempadan ini, jenayah siber sering dihadapi oleh para pengguna komputer memandangkan kebanyakan komputer mempunyai sambungan kepada rangkaian internet. Namun, apa yang pasti kesan ancaman ini boleh merebak secara global dalam jangka masa yang amat singkat dari lebih membimbangkan ia tidak bersifat setempat atau terhad mengikut sempadan seperti keganasan fizikal.
    
      Dalam teknologi komunikasi dan maklumat, ICT, masyarakat kurang didedahkan dalam melindungi hak mereka sebagai pengguna. Kebanyakannya menggunakan teknologi atas desakan trend atau tidak mahu ketinggalan zaman. Oleh demikian, pengguna sering alpa dalam mengikuti arus globalisasi. Misalnya apabila kemunculan laman sosial bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan, ia telah menyebabkan ramai berlumba-lumba menyertai laman sosial tanpa mengetahui risiko dan kesan sekiranya tidak prihatin dalam penggunaannya. Facebook, Twitter, My Space, Skype, dan Yahoo Masengger antara laman sosial yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna. Ramai pengguna laman sosial tersebut mempamerkan maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Merujuk kepada situasi ini, tidak hairanlah jenayah siber semakin meluas dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, masyarakat perlulah lebih peka terhadap jenayah yang banyak berlaku. Apa yang boleh dilakukan oleh mereka adalah tidak memuat turun maklumat peribadi atau gambar-gambar yang tidak sepatutnya ditatap oleh umum. 

    Selain itu, jenayah siber juga didorong oleh kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini yang menjanjikan wadah penyebaran maklumat yang cepat dan mudah diakses. Oleh kerana perjalanan maklumat di dunia siber tidak diselia atau dikawal oleh mana-mana organisasi mahupun individu, berjuta-juta laman web telah dihidupkan . Menurut Cybersecurity Malaysia, peningkatan jenayah siber merupakan fenomena biasa berikutan perkembangan mendadak pengguna internet setiap tahun. Pelbagai maklumat tidak kira sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda, perdagangan jual beli di atas talian, tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui internet. Hanya satu klik sahaja, pengguna bebas dalam menyampaikan dan menerima maklumat tanpa ditapis kebenarannya dan hal ini akan memberi kemudahan kepada jenayah siber. Langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku sebenarnya bergantung kepada kerajaan dan individu itu sendiri. Pihak kerajaan hendaklah menapis atau menyekat laman-laman sosial yang menyiarkan unsur atau elemen pornografi. Bagi individu pula, mereka hendaklah bijak memilih maklumat yang diakses supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada diri sendiri, masyarakat mahupun negara.

     Seterusnya, peningkatan jenayah siber ini dikaitkan dengan kekerapan penggunaan internet yang semakin meningkat dan kebergantungan masyarakat terhadap teknologi hingga mengakibatkan mereka terdedah kepada ancaman virus, malware, kod berniat jahat, (malicious), bot jahat atau pelbagai jenis cecacing yang bertindak menggodam komputer untuk mencuri data atau maklumat. Kehilangan maklumat ini turut dikaitkan sebagai kebocoran data yang tidak diketahui pergerakannya. Kebocoran data dirujuk sebagai data atau maklumat yang tidak dapat dilihat kehilangannya sama ada milik organisasi atau individu. Ini adalah masalah yang perlu diberi perhatian sepenuhnya kerana membabitkan kecurian maklumat yang dianggap sebagai hak peribadi individu atau organisasi.

     Teknologi kini disalah guna apabila ia digunakan untuk menyerang sistem komputer. Serangan dilakukan dengan pelbagai cara termasuklah mencuri maklumat dan merosakkan sistem. Risiko ini wujud dari kesilapan dan kecuaian pengguna itu sendiri, kelemahan sistem pentadbiran organisasi di tempat bekerja mahupun ancaman dari luar melalui eksploitasi, kesilapan teknologi, kealpaan manusia dan ancaman siber yang dilakukan oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab.


Sila Tinggalkan komen anda di sini. Terima Kasih :)

10 VIDEO YOUTUBE TEKNOLOGI, KREATIF DAN INOVASI

1.


2.


3.


4.


5.


6.


7.


8.


9.


10.


11.




Tuesday, 26 November 2013

10 GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI

 1. Katil Pesakit Bionic

 

Menggabungkan pengetahuan berteknologi tinggi dalam peranti perubatan dengan kehebatan dalam robotik, Panasonic telah dapat mencipta katil ini dengan berkesan. Memindahkan pesakit yang tidak berdaya dari katil ke kerusi roda dan belakang adalah proses untuk menuntut dan boleh membawa maut dalam kecuaian sedikit. Oleh itu, dalam kes ini, katil robot seperti ini, yang boleh mengubah dirinya menjadi kerusi roda dan sebaliknya pada arahan pengguna sahaja, sebenarnya boleh mengurangkan masalah memindahkan dan juga membuat perkara yang sepenuhnya bebas untuk yang bermasalah.

 

 2. Kasut Bermotor



Alat berkuasa bateri yang dijual pada harga AS$647 (RM2,041) ini sebenarnya dicipta untuk dipasang pada kasut dan dikendalikan melalui alat kawalan jauh tanpa wayar. Kasut bermotor dikenali sebagai spinKiX itu boleh mencapai kelajuan 16km/j dan kelajuannya dikawal melalui alat kawalan jauh. Pembelian spinKiX akan turut disertakan dengan roda latihan yang boleh ditanggalkan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. SpinKiX diperbuat daripada nilon yang diperlukan dan aluminium, manakala baterinya hanya perlu dicas selama dua hingga tiga jam untuk mencapai tahap isian penuh.

3. Mesin Wudu' Automatik

 


Mesin wudu' automatik ini direka bagi memudahkan seseorang untuk mengambil wudu'. Teknologi ini direka dengam dua jenis model. Model pertama digunakan untuk jemaah yang ingin menunaikan solat di masjid manakala model yang kedua direka untuk kegunaan di rumah. Model ini direka dengan dua singki iaitu singki atas dan singki bawah. Singki atas digunakan untuk membasuh muka, tangan, sebahagian kepala dan telinga manakala singki di bawah digunakan untuk membasuh kaki. Kelebihan rekaan ini adalah jimat dan mudah kerana kosnya tidak terlalu tinggi dan ia mudah untuk dipasang. Pembaziran air juga tidak berlaku kerana rekaan ini menggunakan teknologi 'auto-sensor'. Rekaan ini dibuat dari bahan plastik yang disalutkan dengan bahan anti-fungal dan anti-bakteria. 

4. Robot Manusia: GEMENOID-F


 

Antara kegunaan robot wanita ini di restoran ialah pelanggan boleh memesan makanan yang diingini dengan skrin sentuh pada setiap meja mereka sebelum makanan itu dihantar oleh robot. Bukan setakat itu sahaja, robot ‘samurai’ yang turut dilengkapi dua mata bulat itu juga boleh menari mengikut rentak lagu yang dimainkan. Gemenoid-F adalah hasil gandingan penciptaannya yang juga pensyarah Universiti Osaka, yang bekerjasama dengan syarikat pengeluar roboy Jepun, Koroko. Ianya yang digerakkan ahasil tenaga tekanan udara, dilengkapi 12 fungsi yang membolehkannya memaparkan aksi mimic manusia seperti tersenyum dan marah. Robot ini juga boleh menggerakkan kulit getahnya untuk ketawa dan menampakkan barisan giginya atau memaparkan wajah mencuka, marah lengkap dengan keningnya terangkat. Ini semua mampu dilakukannya selepas meneriam isyarat elektrik yang dipancarkan daripada inidividu yang ditirunya. Para ilmuwan yang membuat robot seharga US$ 110.000 ini berharap inovasi mereka dapat digunakan dalam berbagai kegiatan kehidupan. Seperti di rumah sakit Tugasnya memang bukan untuk pekerjaan berat, namun lebih dari sisi psikologi.

5. Sensor Glove


Sensor Glove adalah sarung tangan digital yang boleh mengukur tahap tekanan cengkaman. Ia direka dengan pemantau berkomputer si belakang sarung tangan ini yang memaparkan bacaan tekanan genggaman anda. Semua pengguna sarung tangan ini boleh memasukkan tekanan sasaran mereka pada skala sebelum bermain golf. Sarung tangan ini membaca dan memaparkan tekanan. Jika tekanan genggaman ketat atau longgar daripada yang diperlukan, penggera digital memberi amaran kepada pengguna supaya pengguna boleh membetulkan tekanan dan genggaman mereka. Dengan cara ini mereka boleh 'swing'kan bola golf tersebut tersebut dengan sempurna.
 

 6. High Tech Walking Stick



Tongkat ini mempunyai pilihan GPS yang membolehkan pengguna mengetahui lokasi lokasi mengembara dan berinteraksi dengan pemilik melalui bunyi dan getaran. Ciri-ciri lain adalah ia mempunyai pilihan untuk mod berjalan dan kenderaan, pelarasan genggaman, memudahkan penyimpanan dengan kaki dilipat, kunci magnetik dan banyak lagi. Amaran dan interaksi dengan tongkat ini akan menyebabkan lebih banyak kemudahan kepada pemilik.

7. Alat Suntik Tanpa Jarum


     Alat buatan Institut Teknologi Nomor Wahid di Amerika Syarikat ini amat kecil. Namun alat ini mememiliki tekanan kuasa yang tinggi yang membuatkan ubat yang akan disuntikkan tersebut mampu melalui kulit tanpa perlu menembusi kulit. Alat ini dapat diprogramkan untuk memberikan ubat dalam pelbagai dos untuk pelbagai jenis kedalaman. Ia merupakan inovasi dari jet-injection system yang sekarang sudah tersedia secara komersial.

   8. Teknologi Negara Berkembang: MarketBot Replicator

Teknologi Negara Berkembang MakerBot Replicator
      
    Gambar Teknologi Negara Berkembang: MarkerBot Replicator yang berkubu 3 dimensi dengan teknologi "DualStrusion", yang bermaksud dapat mencetak objek dalam beberapa warna dan bahan. Pre-order tersedia sekarang dengan harga $1.999 dan masa pengirimannya mengambil masa selama 6 minggu.

9. Basikal Anti-Kecurian



    Direka oleh pelumba Olimpik Chris Boardman, mempunyai kelajuan yang  tinggi ditambah dengan teknologi anti-kecurian. Ia hanya menggunakan pengaktifan cap jari sahaja. Ia tidak mempunyai meter untuk mengira kalori namun ia mempunyai satu sistem pemantauan yang dibina di dalam dan bantuan bateri jika penunggang merasa terlalu letih.

10. Kerusi Cergas Gym Gym


   Kerusi Cergas GymGym ini menggabungkan peralatan sukan dan perabot pejabat yang muktamad dalam bentuk, fungsi dan ‘multitasking’! Kerusi GymyGym mempunyai 4 fungsi atau paten,iaitu  senaman stesen bersepadu, yang membolehkan anda untuk menjalankan dan mengukuhkan semua kumpulan otot utama badan. Didapati dalam warna hitam pada hitam, hitam merah, dan oren pada hitam.

Tuesday, 19 November 2013

Salam Ukhuwah, Salam Perkenalan.




NAMA: NUR FARHAH BINTI OTHMAN 
NO. MATRIK: A 137748
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA KOMUNIKASI DAN MEDIA 
TAHUN PENGAJIAN: TAHUN 3
SEMESTER/SESI: SEMESTER 1, 2013/2014
KELAS TUTORIAL: RABU, 10 PAGI - 12 TENGAH HARI (MAKMAL 3)
EMAIL: farhah_92teen@yahoo.com
FACEBOOK: Farhah Othman 
TWITTER: Farhah Othman 
NO. TELEFON: 013-6521115
NO. TELEFON RUMAH: 06-9523737
ALAMAT KOLEJ: BILIK 424, BLOK LO2D, KOLEJ PENDETA ZA'BA, 43600 UKM BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN.
ALAMAT RUMAH: NO. 201, JALAN SRI TEMENGGONG 9, TAMAN SRI TEMENGGONG, JALAN TEMENGGONG AHMAD, 84000 MUAR, JOHOR DARUL TAKZIM.