Tuesday, 3 December 2013
10 GAMBAR BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) BUKAN ELEKTRONIK
Ini adalah gambar model saya, iaitu topeng muka berhantu.
Barang-barang yang diperlukan ialah:
1. Penyangkut baju
2. Getah
3. Card board
4. Surat khabar lama
5. Tisu
6. Gam (cecair)
7. Water Colour
8. Kertas
9. Tali rafia
Takut tak? Takut kan. Saya pun takut jugak tengok muka si orang asli ni haaaa.
:)
MASALAH SIBER DI MALAYSIA
Jenayah
siber adalah penyumbang tertinggi dalam kes-kes jenayah di
negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan Korea.
Walau bagaimanapun, jenayah ini dilihat semakin menular ke negara-negara
membangun termasuklah di Malaysia. Di Malaysia, jenayah siber mula
menjenguh sekitar tahun 1991 apabila kerajaan sedang memberikan
perhatian kepada perancangan Koridor Raya Multimedia (MSC). Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah antara akta yang terawal dalam
menangani masalah jenayah siber. Namun, statistik kadar jenayah siber
pada era ini amat membimbangkan malah seolah-olah memberi ancaman baru
kepada masyarakat dan negara. Justeru, pihak kerajaan hendaklah
mengetatkan lagi undang-undang dan akta yang sedia ada bagi memastikan
jenayah siber ini tidak berleluasa di samping mengambil tindakan yang
tegas serta setimpal dengan jenayah yang dilakukan supaya memberi
pengajaran kepada masyarakat yang lain agar tidak mengulangi kesalahan
yang sama.
Jenayah siber boleh didefinisikan sebagai suatu perbuatan kriminal yang dilakukan melalui komputer dalam internet untuk mendapat keuntungan dengan menderitakan serta merugikan mangsa yang terperangkap. “Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana,” kata Micheal A. Vatis dari FBI. Selain itu, jenayah siber merujuk kepada satu ancaman atau jenayah yang mana kesan sebenar banyak bergantung pada nilai maklumat atau prasarana maklumat yang dijadikan sasaran dan memberi kesan kepada mereka yang terlibat. Tidak dinafikan dalam dunia tanpa sempadan ini, jenayah siber sering dihadapi oleh para pengguna komputer memandangkan kebanyakan komputer mempunyai sambungan kepada rangkaian internet. Namun, apa yang pasti kesan ancaman ini boleh merebak secara global dalam jangka masa yang amat singkat dari lebih membimbangkan ia tidak bersifat setempat atau terhad mengikut sempadan seperti keganasan fizikal.
Dalam teknologi komunikasi dan maklumat, ICT, masyarakat kurang didedahkan dalam melindungi hak mereka sebagai pengguna. Kebanyakannya menggunakan teknologi atas desakan trend atau tidak mahu ketinggalan zaman. Oleh demikian, pengguna sering alpa dalam mengikuti arus globalisasi. Misalnya apabila kemunculan laman sosial bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan, ia telah menyebabkan ramai berlumba-lumba menyertai laman sosial tanpa mengetahui risiko dan kesan sekiranya tidak prihatin dalam penggunaannya. Facebook, Twitter, My Space, Skype, dan Yahoo Masengger antara laman sosial yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna. Ramai pengguna laman sosial tersebut mempamerkan maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Merujuk kepada situasi ini, tidak hairanlah jenayah siber semakin meluas dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, masyarakat perlulah lebih peka terhadap jenayah yang banyak berlaku. Apa yang boleh dilakukan oleh mereka adalah tidak memuat turun maklumat peribadi atau gambar-gambar yang tidak sepatutnya ditatap oleh umum.
Selain itu, jenayah siber juga didorong oleh kemunculan internet sebagai alat komunikasi terkini yang menjanjikan wadah penyebaran maklumat yang cepat dan mudah diakses. Oleh kerana perjalanan maklumat di dunia siber tidak diselia atau dikawal oleh mana-mana organisasi mahupun individu, berjuta-juta laman web telah dihidupkan . Menurut Cybersecurity Malaysia, peningkatan jenayah siber merupakan fenomena biasa berikutan perkembangan mendadak pengguna internet setiap tahun. Pelbagai maklumat tidak kira sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda, perdagangan jual beli di atas talian, tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui internet. Hanya satu klik sahaja, pengguna bebas dalam menyampaikan dan menerima maklumat tanpa ditapis kebenarannya dan hal ini akan memberi kemudahan kepada jenayah siber. Langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku sebenarnya bergantung kepada kerajaan dan individu itu sendiri. Pihak kerajaan hendaklah menapis atau menyekat laman-laman sosial yang menyiarkan unsur atau elemen pornografi. Bagi individu pula, mereka hendaklah bijak memilih maklumat yang diakses supaya tidak mendatangkan kesan negatif kepada diri sendiri, masyarakat mahupun negara.
Seterusnya, peningkatan jenayah siber ini dikaitkan dengan kekerapan penggunaan internet yang semakin meningkat dan kebergantungan masyarakat terhadap teknologi hingga mengakibatkan mereka terdedah kepada ancaman virus, malware, kod berniat jahat, (malicious), bot jahat atau pelbagai jenis cecacing yang bertindak menggodam komputer untuk mencuri data atau maklumat. Kehilangan maklumat ini turut dikaitkan sebagai kebocoran data yang tidak diketahui pergerakannya. Kebocoran data dirujuk sebagai data atau maklumat yang tidak dapat dilihat kehilangannya sama ada milik organisasi atau individu. Ini adalah masalah yang perlu diberi perhatian sepenuhnya kerana membabitkan kecurian maklumat yang dianggap sebagai hak peribadi individu atau organisasi.
Teknologi kini disalah guna apabila ia digunakan untuk menyerang sistem komputer. Serangan dilakukan dengan pelbagai cara termasuklah mencuri maklumat dan merosakkan sistem. Risiko ini wujud dari kesilapan dan kecuaian pengguna itu sendiri, kelemahan sistem pentadbiran organisasi di tempat bekerja mahupun ancaman dari luar melalui eksploitasi, kesilapan teknologi, kealpaan manusia dan ancaman siber yang dilakukan oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab.
Sila Tinggalkan komen anda di sini. Terima Kasih :)
Subscribe to:
Posts (Atom)